2024 Please be nice
SMAP XV: Closure Read it now at Tapas
SMAP 15th Anniversary A look back of my proudest work
Chronicle: Earth Union is back !!
Celoteh 'O first episode

Cabaran Komik Online Malaysia telah tiba !!

Dalam usaha untuk mencari bakat baru dalam dunia komik Malaysia, Mat Komik dengan kerjasama KomikM serta Creative United telah mengadakan Cabaran Komik Online Malaysia untuk kali kedua. Sudah tentu, sebagai seorang pelukis komik indie, saya akan turut menyertai pertandingan ini. Juga, untuk pertama kalinya, post ini juga akan diterbitkan dalam dwibahasa.


Pertandingan ini secara rasminya bermula pada Oktober yang lalu, dan dijangka akan tamat pada 30 November ini, jadi masa ada masa kalau ada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Setiap penyertaan haruslah terdiri daripada komik berbahasa melayu sebanyak 10 muka surat bertemakan cinta. Penyertaan tersebut haruslah juga tidak pernah diterbit di mana-mana dalam cetakan mahupun digital.

Seperti yang diberitahu awal-awal lagi, saya juga akan menyertai pertandingan ini dengan komik yang bertajuk 'Bukan Penamat'.Komik ini mengisahkan Iqram yang bersahabat dengan Athirah yang menghidap barah otak. Apabila penyakitnya semakin teruk, Iqram berjanji pada dia dan dirinya sendiri untuk mencari jalan untuk merawat penyakit tersebut, namun sempatkah dia berbuat demikian ? Saya sertakan sedikit previu untuk komik tersebut.

http://www.matkomik.com/2015/11/bukan-penamat-oleh-feettri-ibrahim.html
Klik gambar untuk baca komik ini



Selain daripada pertandingan tersebut, pembaca turut boleh mengundi untuk Anugerah Komik Paling Popular sehingga 5 Disember. Jadi sekiranya anda terhibur dengan Bukan Penamat, jangan lupa untuk undi, komen, dan kongsi komik tersebut di media sosial. Saya amat hargai segala undi anda. Selain itu, saya juga nak kongi beberapa komik yang bertanding saya suka secara peribadi.

http://www.matkomik.com/2015/11/sentuhan-dari-hati-oleh-danial-haikal.html

http://www.matkomik.com/2015/11/skuad-penyelamat-cinta-oleh-danial.html

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGh6RZ29etGMBJDL2YY9PyRBsrYD2aAl2mJMT2uj7DLbtt2SoRIbLBKvPXDXS2NvHnXZGyWQDudAIKCdN613bt3t4C_l32RFmH-qD3ECAhjq8JthWnVSwi8WhZXav8PsGJsoqPiNx5YNR-/s1600/page_misi_cinta.png

Jadi, adakah anda terhibur dengan 'Bukan Penamat' ? Komik apa lagi yang daripada CKOM yang anda terhibur ? Nyatakan pendapat di ruangan komen. Jangan lupa untuk undi, komen dan kongsi komik-komik tersebut. Pastikan anda like Comikrew Studio di Facebook, subscribe kepada komik-komik saya di Tapastic, dan follow saya di Twitter. Akhir sekali ikuti Comikrew Studio untuk perkembangan terbaru saya.

Comments

Popular posts from this blog