2024 Please be nice
SMAP XV: Closure Read it now at Tapas
SMAP 15th Anniversary A look back of my proudest work
Chronicle: Earth Union is back !!
Celoteh 'O first episode

S.M.A.P. 100 karakter 01

Ok, hari nie aku akan mulakan ensiklopedia S.M.A.P. 100. So, hari nie aku nk kenalkan awek ais krim S.M.A.P., Acha Syakirahtsa.

Profil Acha Syakirahtsa

Siri|Debut : S.M.A.P.| episod 24
Tarikh lahir | jenis darah : 18 May | type o+
Tinggi | Berat : 159cm | 50 kg
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Hobi: menyanyi
Makanan Kesukaan : ais krim
Kebencian : lelaki yang penakut, menonjolkan diri pada orang ramai
Kemahiran dalam sukan : ping pong
Status : tidak diketahui ( kali terakhir bekerja sebagai penyanyi separuh masa)





Sedikit tentang Acha Syakirahtsa


Acha pertama kali ditonjolkan apabila Miyo sedang sibuk mencari penyanyi untuk bandnya. Acha dipilih kerana dia dikatakan menyanyi dari hati setelah mendengar Acha menyanyi sewaktu dalam perjalanan pulang. Acha menjadi tumpuan semasa krisis korupsi sedang memuncak apabila dia ingin membantu menyelamatkan teman lelakinya Irwan Stoph yang dianiayai oleh Fiq. Beberapa percubaan seperti menemui Im untuk mengaku segala kesalahan yang diletakkan kepada Irwan. Namun Im enggan melakukannya sehingga dituduh pengecut. Ketegasan Acha ditunjukkan dengan jelas apabila mendapat tahu Irwan sanggup hendak menjadikan Im galang ganti bagi menyelamatkan kelabnya yang ingin dimansuhkan oleh Fiq.Semasa perbicaraan disiplin Irwan ( finale musim kedua), Acha turut dilihat di dalam bilik perbicaraan itu. Hubungan Acha- Irwan kembali pulih setelah dia mengetahui Zero dan K' berjaya menamatkan krisis korupsi hasil daripada maklumat yang diberikan Irwan sediri. Walau bagaimanapun,perkembangan Acha selepas tamat pengajiannya di UMSA langsung tidak dijelaskan, malahan penglibatan Acha sebagai vokalis band Miyo turut tidak ditunjukkan memandangkan semasa Miyo membuat persembahan selepas memenangi Battle Of The Band, vokalis band Miyo telah diganti dengan Ima.

Trivia Acha Syakirahtsa

  • Acha merupakan satu- satunya karekter perempuan yang bukan dari barisan terhebat.
  • Nama Acha diinspirasikan daripada nama Acha Septriasa, penyanyi Indonesia.

Comments

  1. eyp..cter ni bersambung eh??
    keep on posting!!
    go2 chaiyok!!
    ak sokong ko..^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog