2024 Please be nice
SMAP XV: Closure Read it now at Tapas
SMAP 15th Anniversary A look back of my proudest work
Chronicle: Earth Union is back !!
Celoteh 'O first episode

S.M.A.P. 100 karakter 03

Okey, hari nie aku nk introduce ramai sket coz diorang nie stu group.Diorang nie group yg. diorang diarahkan utk. mencari Mizu atas stu misi, mengembalikan memori yg. dh hilang.Pasukan Askar Khas Cim terdiri daripada empat orang; Aswad (pakar pengguna pisau belati), Armain ( pakar ilmu pertarungan fizikal) , Su Claz ( penembak tepat) , dan Cim sendiri( kebolehannya kekal misteri). Sekarang jom kenal diorang lebih rapat.

  1. Mula- mula kena r knal spe ketua dia dulu.Watak nie dah layak digelar veteran sebab dh muncul sejak komik Budak Kampung lagi. Jom kita kenal Cim

Profil Nur Hakim Abu Samah

Siri|debut :Budak Kampung|episod 01
Tarikh lahir| jenis darah: 19 Januari | type b
Tinggi | berat : 168cm | 53 kg
Tempat lahir : Kampung Jati
Hobi : meluncur ombak
Harta kesayangan : rantai tentera , tunangnya (Puteri)
Makanan kesukaan : hot dog
Kebencian : orang yang penakut
Kemahiran dalam sukan: meluncur ombak
Status terkini : telah bertunang dengan Puteri dan bekerja sebagai tentera khas



Sedikit tentang Nur Hakim Abu Samah


Cerita Cim bermula daripada cerita Budak Kampung, Cim merupakan karekter utama Budak Kampung dan mempunyai kenangan silam dengan Nept memandangkan Nept mengkhianatinya semasa pertandingan karate beberapa tahun sebelum cerita Budak Kampung bermula.Perkenalannya dengan Tri (dalam S.M.A.P. dikenali sebagai Im) bermula apabila Tri menyelamatkannya daripada lemas semasa mandi di dalam sungai.Kehidupan Cim mula berubah apabila mereka menyertai ekspidisi mencari relik purba; Skrol Pengakap.Skrol ni telah memberikannya satu kuasa mistik yang mewujudkan satu alter ego yang dikenali sebagai Pendekar Bermata Tiga. Kehidupan Cim berterusan berhadapan dengan cabaran seperti menemui seorang lagi yang mempunyai kuasa sepertinya iaitu Jaguh Remaja yang seterusnya didedahkan sebagai Hikmal.Persahabatannya dengan Cim menyebabkan dia bertemu dengan Krilit yang merupakan seorang saintis muda yang menggunakan ahli sukan untuk kepentingannya iaitu menguji dadah buatannya.

Kisah cinta Cim bermula secara tidak dijangka apabila dia menyelamatkan Puteri daripada diganggu daripada sekumpulan lelaki. Kehidupan Cim sebagai Pendekar Bermata Tiga tidak berlanjutan apabila kuasa Skrol Pengakap berpindah kepada Hikmal untuk membantunya menentang Tri Yang ( bahagian Tri yang jahat) apabila Tri terpisah kepada dua tubuh setelah terkena tembakan daripada mesin Yin Yang.Semasa finale Budak Kampung, Puteri telah mendedahkan identiti ayahnya yang merupakan Pegawai Tentera Khas yang menyamar sebagai Pengusaha Syarikat Perkapalan. Akhirnya Cim menyertai pasukan tentera khas setelah menamatkan pengajian.

Dalam S.M.A.P., watak Cim tidak terlalu didedahkan. Cim telah diarahkan untuk mencari Mizu ( separuh daripada badan Tri) yang telah hilang akibat kegagalan eksperimen menggabungkan semula kedua- dua jiwa itu. Pertemuan semula Cim dan Mizu berlaku apabila Cim membantu Mizu menentang pembunuh upahan yang diarahkan untuk membunuh Ika.Setelah memulihkan memori Mizu, Cim sepatutnya membawa Cim pulang bersama namun Mizu enggan. Cim pulang tanpa Mizu.
Dalam S.M.A.P. musim keempat, Cim dan Im bertemu semula semasa Sambutan Jubli Perak N-Vek Corp. Cim dilihat bersama tunangnya, Puteri dan telah berpangkat Kapten dalam Pasukan Tentera Khas.
  • Skarang nie ahli pasukan Cim nie. Kte mula ngan orang kanan dia Aswad.



Profil Leftenan Aswad

Siri| debut : S.M.A.P.| episod 30
Tarikh lahir| jenis darah : 6 Jun| type a
Tinggi | berat: 169 cm | 57kg
Tempat lahir : Kem Tentera
Hobi: bermain pisau belati.
Harta kesayangan : pisau belati pemberian ayahnya, rantai tentera
Makanan kesukaan : Salad Sayur
Kebencian : tiada disiplin
Kemahiran dalam sukan : bermain pedang
Status terkini : Tentera Khas






Sedikit tentang Leftenan Aswad.


Aswad bukanlah nama sebenarnya tetapi cuma nama kod yang diberikan kepadanya untuk misi bersama Cim. Latar belakangnya juga tidak jelas cuma dia adalah anak kepada seorang pegawai tentera khas yang telah dilatih sebagai tentera sejak kecil. Kemahiran utamanya ialah bermain pisau belati.Aswad diarahkan untuk menjaga serum pencetus otak untuk memulihkan ingatan Mizu sepanjang misi itu.

  • Seterusnya ahli termuda dalam skuad ini, Armain; pakar pertarungan fizikal

Profil Leftenan Muda Armain

Siri | debut: S.M.A.P. | episod 30
Tarikh lahir | jenis darah: 21 Januari | type o
Tinggi | berat: 160cm|53 kg
Tempat lahir : Singapura
Hobi : berlatih bertarung, belajar geografi
Harta kesayangan : rantai askar, sarung tangan tarung, bandana corak askar
Makanan kesukaan : Segala makanan tradisional orang singapura
Kebencian : sesiapa saja yang x pandai geografi
Kemahiran dalam sukan : apa saja yang berkaitan dengan bertarung
Status terkini : masih Pasukan Tentera Khas







Sedikit tentang Leftenan Muda Armain


Seperti Aswad, Armain juga bukan nama sebenarnya sebaliknya cuma nama kod untuk misi bersama Cim.Armain merupakan ahli paling muda. Kemahirannya dalam geografi memudahkan mereka bergerak menggunakan peta. Namun kemampuan bertarungnya masih belum didedahkan.

  • Ahli yang terakhir pastinya penyeri dalam skuad ini. Anak bongsu keluarga Claz, Su Claz; pakar penembak tepat.

    Profil Leftenan Muda Suzie Claz
Siri|debut : Seloka Aidilfitri 2 Musyie | episod 7.
Tarikh lahir | jenis darah : 5 Februari | type ab
Tinggi | Berat : 158 cm| 49 kg
Tempat Lahir : Musytopia
Hobi : menembak
Harta kesayangan : rifle, pistol glock 17, rantai keluarga, anting-anting askar
Makanan kesukaan : Jus epal , telur separuh masak
Kebencian : penjenayah
Kemahiran dalam sukan : menembak
Status terkini : masih berkidmat dalam Tentera Khas




Sedikit tentang Leftenan Muda Su Claz


Suzie Claz lebih mesra dipanggil Su Claz. Kemunculan awalnya hanya menunjukkan dia datang daripada golongan elit.Namun dalam S.M.A.P., ditunjukkan yang Su merupakan seorang tentera khas turut menyertai skuad Cim. Su mempunyai kelemahan dalam membaca peta.Memandangkkan Su memakai rantai keluarganya, rantai tenteranya dijadikan anting-anting.Semasa S.M.A.P. musim keempat, Su turut hadir ke majlis Sambutan Jubli Perak N-Vek Corp. memandangkan dia turut daripada keluarga Claz.

Trivia Skuad Tentera Khas Cim

  • Ayah Cim merupakan seorang polis, maka ayahnya mungkin menjadi pencetus dia menyertai askar.
  • Walaupun Su Claz seorang tentera, dia langsung tidak memakai apa- apa pakaian bercorak tentera
  • Watak Armain direka berdasarkan karekter Ralf dari permainan The King Of Fighter
  • Watak Su Claz direka berdasarkan watak Riza Hawkeye dari anime Fullmetal Alchemist

Comments

Popular posts from this blog