2024 Please be nice
SMAP XV: Closure Read it now at Tapas
SMAP 15th Anniversary A look back of my proudest work
Chronicle: Earth Union is back !!
Celoteh 'O first episode

BILA SUPERHERO ADA SUPERPOWER CM CITER DONGENG MELAYU (Part 1)

Ha.... bru beberapa jam yg. lalu aku post, nie dh post lg. Tp. kali nie aku nk citer pasal projek bru aku yg. ala X-Men.Apa? X tau? bce info dia kt sini.Tajuk projek bru aku nie The Ancient. Npe ala2 X-Men lak? Jom bce info dia.

Citer nie mengfokuskan psl sekumpulan manusia yg. dikurniakan kuasa misteri yg. digelar The Ancient. Kesemua kuasa mewakili cerita dongengan dan rakyat pd suatu masa dahulu. Demi melindungi manusia yg. memiliki kuasa nie drpd disalahguna dan dipulaukan, Professor Nawas (merupakan seorang Ancient) membuka sebuah pusat perlindungan yg. digelar Ancient Organization.Walau bagaimanapun, dlm usahanya melindungi manusia istimewa ini, beliau berhadapan dgn ancaman drpd. Ancient Crusader yg. menggunakan manusia2 ini utk. kepentingan mereka.


Cm. biasa sedikit psl watak2 dlm citer nie.

Prof. Nawas ( Menukarkan benda menjadi kepingan kertas yg. mencatat memori benda tersebut)
Pengasas kpd Ancient Organization. Kebolehannya membolehkan dia mengesan manusia Ancient lain.Dikatakan kebolehan ini membolehkan Abu Nawas menjadi bijak pada masa lalu.

T.J. (Mengubah badan menjadi batu)
Ahli terawal Ancient Organization. Menggunakan kod nama Tanggang.

Suri (Menghasilkan berlian drpd darah)
Seorang lagi ahli Ancient Org. yg. terawal. Mewarisi kebolehan darah putih Mahsuri yg. mengandungi partikel berlian.Kod nama Mahsuri.

Bad (Kekuatan Super)
Mempunyai tangan seperti raksasa yg. membolehkan dia mempunyai kekuatan super. Dia dikatakan memiliki tangan itu kerana DNA nya bersebati dgn. DNA asing yg. dipercayai diperoleh apabila Badang memakan muntah Jin pada masa lalu. Kod nama Badang.

Hans Tohawk 
Hans tidak mempunyai kuasa istimewa tetapi dia berkebolehan mengawal Taming yang mampu berubah menjadi senjata. Hans dikatakan mewarisi kuasa milik Hang Tuah.

Taming (Mampu berubah menjadi senjata)
Taming mewarisi kemampuan keris taming sari. Dia hanya boleh digunakan oleh pewaris Hang Tuah sahaja (Hans dlm citer nie)

Katherine "Kat" Allison (Mampu berubah menjadi kertas)
Dikatakan pada masa lalu, Pak Kaduk tidak pernah memakai baju kertas, tetapi dia memiliki kebolehan mengubah dirinya menjadi kertas. Kat mewarisi kebolehan ini. Kod Nama Kad.

Gen Gizmo (Memasuki mimpi org. lain dan teleportasi melalui minda)
Gen mewarisi kuasa yg. dikatakan dimiliki oleh Mat Jenin pd. masa lalu. Beliau mampu menyerang org. lain menggunakan mimpi. Kod nama Jen.

Andi Brisben (Menyebarkan gelombang otak ke benda dan mengawalnya)
Andi pula dikatakan mewarisi kuasa milik Pak Pandir. Andi mampu menyebarkan gelombang otaknya utk mengawal sesuatu tetapi ini akan menyebabkan kemampuan otaknya semakin berkurang. (Pak Pandir tidak mampu mengawalnya maka kemampuan otaknya sentiasa di tahap rendah.)

Toy Draven (Menghasilkan tangan di mana-mana permukaan)Toy merupakan ahli terakhir yg. menyertai Ancient Org. Dia mampu menghasilkan tangan di mana-mana permukaan. Kebolehannya merupakan warisan drpd Toyol di mana kebolehan yg. sme dimiliki oleh makhluk ini dn membolehkannya mencuri dgn. mudah.

Okey, utk. post nie aku hanya focus kt. Ancient Org. Post akan datang aku akan focus kt Ancient Crusader. Tue je. Chiaoo!!  

Comments

Popular posts from this blog